Sabtu, 23 Februari 2019

Aglio E Olio Asrama

assallammuaikum..buat sekian lamenye sis tak update blog nii ade 3 tahun rase nye sis mendiamkan diri dari dunia blogger nii...🌝🌝 harini sis nak share sikit la resepi aglio e olio asrama sis nii.. waktu belajar mmg nii la makan time terini nak makan 'western' haha...nasib baik la sis study ada kena mengena dengan kitchen ada gak laa barang lebihan kitchen yang boleh diguna pakai,,haha



( gambar hiasan jeee )


 (aglio e olio simple)

BAHAN :

-Spaggeti (tak kisah brand apa pun)    : untuk sorang makan

-Bawang putih (cincang)               : 4 ulas

-cili padi (hiris)(ikut suka pedas)  : 4 biji cili hijau dan merah

-Udang kering (rendam sampai kembang
 @ sampai tak masin sangat)      :   8-10 ekor (saiz besar) kalau saiz kecil ikut citarasa yee...

-minyak zaitun (untuk tumis)     :  4-5 sudu besar

-capcicum hijau (hiris wedges)    : 1/2 biji

-cendawan butang (hiris)             :  3-4 biji

-garam                                          : secukup rasa

-mix herbs (untuk western ye)     : secukup rasa

-Air (panas mendidih)                 : 2mangkuk


CARA:

- Didihkan air dan rebuskan spaggetti sehingga masak dalam 5-10 minit tapiskan spaggetti dan            ketepikan.

- Panaskan minyak zaitun tumiskan bawang putih dan udang kering.

- Campurkan cendawan dan capcicum masak sehingga setengah masak dan tambahkan cili padi.

- Tambahkan sedikit garam,mix herbs dan spagetti tadi.

- Gaulkan sehingga semuanya sebati dan sedia dihidangkan...

bawah nii senarai bahan yang digunakan...untuk rujukan semua...selamat mencubaa... :)



(*semua gambar sekadar hiasan sahaja)

Hasil carian imej untuk spaghetti belum masak



Hasil carian imej untuk cili padi,bawang putih




Hasil carian imej untuk capcicum dan cendawan butang



Hasil carian imej untuk mix herbs